Harga Rumah Turun 2014? | Bajet 2014 akan dibentangkan pada Oktober depan. Berikutan itu, isu penurunan dan pengawalan harga rumah 2014 dijangka akan dibincangkan dalam Belanjawan 2014 tersebut.
Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, pihaknya memaklumkan diminta mendapatkan cadangan dan idea daripada pihak industri perumahan melalui penganjuran makmal berhubung isu tersebut.
"Mereka yang terlibat dalam makmal tersebut terdiri daripada pihak industri seperti pemaju, persatuan pembeli rumah dan pihak berkepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Inisiatif Menurunkan Harga Rumah di sini hari ini.
Beliu berkata apa yang dicadangkan nanti lebih kepada dasar, daripada segi fiskal dan polisi contohnya Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT), setem duti dan sebagainya.
Abdul Rahman berkata makmal itu juga membincangkan mengenai jalan terbaik untuk menangani isu kenaikan harga rumah yang mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini.
"Penganjuran makmal berkenaan juga turut disokong Perdana Menteri memandangkan isu perumahan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan," katanya -SINARHARIAN
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

harap2 harga rumah turun..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Harga Rumah Turun Pada 2014?
Reviewed by OH Buletin
on
5:01 PM
Rating:

No comments: