Hot! Info Terkini Bas Ekspres Jatuh Gaung | Kesemua lapan mangsa di Hospital Selayang yang cedera parah dalam kemalangan maut yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands kini dilaporkan stabil.
Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata kesemua mereka akan menjalani pembedahan bermula malam ini dan mungkin mengambil masa selama seminggu untuk menyelesaikan semua pembedahan.
"Tiga orang berada dalam keadaan kritikal manakala lima lagi semi kritikal namun kesemuanya kini stabil...semuanya sedang dalam proses untuk dimasukkan ke wad masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang di sini malam ini.
Beliau berkata seorang daripada mangsa ialah Rashidah Buyah, 50, pelancong dari Bangladesh dan dua anaknya Raawnok Arefin, 14, dan Rezyan Arefin, 24.
"Mangsa empat beranak namun seorang lagi anaknya dihantar ke hospital lain dan mangsa juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada seorang lagi anaknya di Kanada.
"Manakala mangsa yang lain juga telah dikenal pasti oleh keluarga masing-masing," katanya.
Seramai lapan mangsa dimasukkan ke Hospital Selayang iaitu tiga warga tempatan, dua Indonesia dan tiga Bangladesh. - Bernama
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

semoga everything selamat..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Hot! Info Terkini Bas Ekspres Jatuh Gaung
Reviewed by OH Buletin
on
1:16 AM
Rating:

No comments: