Mutakhir: Amaran Angin Kencang Sekitar Malaysia

Mutakhir: Amaran Angin Kencang Sekitar Malaysia |  Keadaan angin kencang yang melanda perairan Johor Timur, Pahang serta Kudat dan Sandakan di Sabah serta Sulu dijangka berterusan hingga lewat petang ini.

amaran angin kencang, gambar angin kencang, johor dilanda angin kencang, gambar angin, angin kncang sekitar malaysia

Menerusi laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, melaporkan keadaan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam itu menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak setinggi hingga 4.5 meter yang melanda perairan Phuket, Thailand diramal berterusan sehingga Jumaat ini.

Jabatan itu turut meramalkan keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak setinggi hingga 3.5 meter melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam kemas kini terbaru, jabatan itu turut meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat yang berlaku di Johor dan Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Keadaan itu melibatkan kawasan Kota Tinggi di Johor dan Sandakan, Tawau serta Kudat di Sabah.

Angin kencang berkemungkinan akan terjadi. - BERNAMA


Quote:
no words lah..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Mutakhir: Amaran Angin Kencang Sekitar Malaysia Mutakhir: Amaran Angin Kencang Sekitar Malaysia Reviewed by OH Buletin on 3:15 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.