Pelakon Veteran Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia | Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor disahkan meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Berita ini telah disahkan sendiri oleh rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya," katanya lapor mStar Online.
Terdahulu, mStar Online pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20. -UTUSAN
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

alfatihah..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Pelakon Veteran Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Reviewed by OH Buletin
on
10:07 PM
Rating:

No comments: