Artis Lelaki WhatsApp Gambar Al@t Sulit

Artis Lelaki WhatsApp Gambar Al@t Sulit | Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara dengan pergolakan rumah tangganya, kini sekali lagi terlibat dalam kontroversi apabila didakwa menghantar gambar al@t sulitnya.

artis hantar gambar anu, artis hantar gambar batang, artis lucah, artis lelaki hantar gambar kemaluan, artis hantar gambar alat sulit, gambar alat sulit, whatsapp application
Sekadar Hiasan
Artis itu dikatakan menghantar gambar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang berstatus isteri orang.

Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu.

Baca Juga : Identiti Artis Lelaki Hantar Gambar "Anu" Guna WhatsApp

Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej luc@h menggunakan WhatsApp.

Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar seperti itu sebelum dikesan suami wanita berkenaan.

Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar "senjata" artis lelaki itu kepada isterinya.

Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai.

“Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu.

“Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya. -HMETRO


Quote:
sape lah artis nie..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Artis Lelaki WhatsApp Gambar Al@t Sulit Artis Lelaki WhatsApp Gambar Al@t Sulit Reviewed by OH Buletin on 7:25 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.