Dalang Upload Filem KL Gangster 2 Disaman Berjuta Ringgit?

Dalang Upload Filem KL Gangster 2 Disaman Berjuta Ringgit? | Datuk Yusof Haslam semalam membuat kenyataan akan menyaman dalang yang terlibat dalam memuat naik Filem KL Gangster 2 arahan anak lelakinya itu.

dalang upload filem kl gangster 2, filem kl gangster 2, movie kl gangster 2, orang yang muatnaik kl gangster 2, kl gangster 2 free download, link download kl gangster 2, dalang kl gangster 2 disaman

“Saya akan saman berjuta ringgit!” katanya pada sidang media khas baru baru ini.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

Untuk makluman, filem KL Gangster 2 bocor itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia (Syamsul) kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main. -SINARHARIAN


Quote:
no word


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Dalang Upload Filem KL Gangster 2 Disaman Berjuta Ringgit? Dalang Upload Filem KL Gangster 2 Disaman Berjuta Ringgit? Reviewed by OH Buletin on 3:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.