Isteri Mat Yo Buat Kenyataan Isu Tendang Pak Guard

Isteri Mat Yo Buat Kenyataan Isu Tendang Pak Guard | “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

siti aisya adam bergaduh dengan pak guard, pertengkaran isteri mat yo dan pengawal keselamatan, isteri mat yo gaduh dengan pengawal keselamatan, kenyataan isteri mat yo, respon isteri mat yo isu gaduh dengan pakguard, kenyataan rasmi isteri mat yo, gambar isteri mat yo

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin.

Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Baca Juga : Video Full Isteri Mat Yo Gaduh Dengan Pengawal Keselamatan

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.

Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya. -HARIAN METRO


Quote:
no komen


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Isteri Mat Yo Buat Kenyataan Isu Tendang Pak Guard Isteri Mat Yo Buat Kenyataan Isu Tendang Pak Guard Reviewed by OH Buletin on 7:28 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.