Isu Minyak Naik: RON92 Bakal Dipasarkan Semula? | Lanjutan dari berita harga minyak RON95 yang naik bermula 12 pagi semalam, pihak kerajaan dilaporkan sedang mengkaji semula untuk memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi alternatif sumber bahan api yang murah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
“Kita menerima cadangan pelbagai pihak termasuk mengkaji semula penggunaan petrol RON92,” katanya selepas majlis penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini semalam.
Beliau juga meminta orang ramai agar dapat memberikan pendapat dan cadangan kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel yang naik 20sen.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

makin jahanam la enjinku ini..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Isu Minyak Naik: RON92 Bakal Dipasarkan Semula?
Reviewed by OH Buletin
on
8:59 AM
Rating:

No comments: