Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia | Pelakon berbakat besar, Maimon Mutalib dilaporkan media hari ini telah meninggal dunia akibat kanser payudara tahap keempat.

maimon mutalib meninggal dunia, maimon mutalib, gambar maimon mutalib, arwah maimon mutalib, sah meninggal dunia maimon mutalib, maimon mutalib kanser, gambar maimon mutalib dan anak, surayatul nadia

Menurut sumber, Allayarham telah menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 petang Sabtu di kediaman beliau di Seksyen 17 Shah Alam Selangor seltelah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Hal ini telah disahkan sendiri oleh anak kedua pelakon tersebut iaitu Surayatul Nadia Keristifa, 32

"Sudah empat hari lalu ibu dimasukkan wad dan dia sudah mula tenat sejak semalam (Jumaat).

"Kemudian pada tengah hari tadi (Sabtu), doktor meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang," kata Nadia yang dihubungi mStar Online di sini pada Sabtu.

maimon mutalib meninggal dunia, maimon mutalib, gambar maimon mutalib, arwah maimon mutalib, sah meninggal dunia maimon mutalib, maimon mutalib kanser, gambar maimon mutalib dan anak, surayatul nadia

Jenazah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor.

Maimon atau nama sebenarnya Maimon Abdul Mutalib merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Antara filem-filem popular lakonannya ialah Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.

Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan watak yang pelbagai menerusi ratusan drama di televisyen.


Quote:
alfatihah..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia Akibat Kanser Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia Akibat Kanser Reviewed by OH Buletin on 12:33 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.