Peniaga Dilarang Naikkan Harga Barang | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai hari ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.
Baca Juga : Harga Minyak Ron95 dan Diesel Naik 20sen
Beliau berkata, kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini, hari ini.
Hasan juga berkata, kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana dari segi bekalan, semuanya mencukupi. - BERNAMA
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

minyak naik, barang pun mesti naik.
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Peniaga Dilarang Naikkan Harga Barang
Reviewed by OH Buletin
on
10:48 PM
Rating:

No comments: