Punca Harga Minyak Naik 20sen | Menerusi akhbar Berita Harian semalam, melaporkan bahawa kerajaan telah menjimatkan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api.
Nilai penjimatan bahan api ini akan digunakan semla untuk kepentingan rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan projek-projek infrastruktur.
Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar.
"Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan serta warga asing, kami memberikannya terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, langkah itu merupakan proses untuk memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar.
Sementara itu, semasa ditanya mengenai unjuran inflasi berikutan kenaikan harga petrol, Wahid berkata ia mungkin meningkat 0.3 peratus bagi 2013.
"Berdasarkan analisis, kami yakin sekarang ini merupakan masa yang baik untuk mula menangani isu ini berikutan inflasi mencatatkan paras sekitar 2.0 peratus, yang secara relatifnya rendah berbanding negara lain di rantau ini," katanya.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

no word
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Punca Harga Minyak Naik 20sen
Reviewed by OH Buletin
on
7:30 AM
Rating:

No comments: