[Gambar] Kain Rentang Aidiladha Tunjuk Gambar Kaabah 'Bersalib' ?

[Gambar] Kain Rentang Aidiladha Tunjuk Gambar Kaabah 'Bersalib' ? | Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan permit penggantungan kain rentang sambutan Hari Raya Aidiladha yang mempunyai lambang menyerupai salib pada gambar kain penutup Kaabah diselar.

Kain rentang dengan kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu dikesan digantung di pekarangan beberapa masjid dan laluan utama di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

kain rentang kaabah, kerajaan pulau pinang tunjuk gambar salib, isu di pulau pinang
Turut tertera pada kain rentang berkenaan adalah wajah beberapa pemimpin DAP seperti Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, perbuatan menggantung kain rentang sedemikian ternyata biadab kerana menghina orang Islam.

"MPPP sepatutnya lebih peka dengan perkara sebegini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyertai perhimpunan aman bagi membantah tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP untuk terus mempertahankan dan tidak mahu berganjak dengan pendirian partinya mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil versi bahasa Melayu.

Perhimpunan yang bermula di Masjid Simpang 6 selepas solat Jumaat itu disertai kira-kira 50 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (Gabungan), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Mereka kemudian berarak sejauh 100 meter ke Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dan berhimpun di situ kira-kira 30 minit sebelum bersurai.


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

[Gambar] Kain Rentang Aidiladha Tunjuk Gambar Kaabah 'Bersalib' ? [Gambar] Kain Rentang Aidiladha Tunjuk Gambar Kaabah 'Bersalib' ? Reviewed by OH Buletin on 10:11 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.