Gambar Kereta Chevrolet Jimmy Shanley Rentung

Gambar Kereta Jimmy Shanley Rentung | Kereta milik selebriti popular, Jimmy Shanley Norjahan Saleh 33, telah ditemui musnah terbakar di dalam sebuah ladang sawit pagi semalam.




gambar chevrolet hitam milik jimmy shanley, kereta jimmy shanley rentung, kereta jimmy shanley terbakar, gambar kereta jimmy shanley, chevrolet optra hitam jimmy shanley, gambar kereta jimmy

Selepas 7 jam dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Ipoh, Chevrolet Optra hitam miliknya itu dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Simpang Pulai ketika Jimmy pulang ke kampungnya untuk menziarahi seorang ahli keluarga yang meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata Jimmy membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai jam 12.30 tengah malam kelmarin, sejurus menyedari kehilangan kereta itu sebelum orang ramai menemuinya sedang terbakar dalam ladang sawit Kota Bahru, Gopeng, jam 7.30 pagi.

gambar chevrolet hitam milik jimmy shanley, kereta jimmy shanley rentung, kereta jimmy shanley terbakar, gambar kereta jimmy shanley, chevrolet optra hitam jimmy shanley, gambar kereta jimmy
Sekadar Hiasan
“Orang awam yang mengesyaki kenderaan itu baru dibakar, segera menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati kereta berkenaan sudah hangus. Semakan nombor casis dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti ia milik selebriti tanah air itu,” katanya, semalam.

Kong Soon berkata, siasatan di lokasi tidak menemui sebarang alat atau bahan digunakan bagi membakar kereta itu, manakala semua barangan milik Jimmy yang berada dalam kereta berkenaan juga hangus.

“Siasatan sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kerana kereta itu dicuri di Simpang Pulai. Saya anggap kes ini agak pelik berikutan kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya. 


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Gambar Kereta Chevrolet Jimmy Shanley Rentung Gambar Kereta Chevrolet Jimmy Shanley Rentung Reviewed by OH Buletin on 7:39 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.