Info! Diana Amir Bakal Kahwin Jumaat Ini

Diana Amir Bakal Kahwin Jumaat Ini | Selebriti dan juga pelakon, Diana Amir akan menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat ini bersamaan dengan 25 Oktober 2013.

diana amir, gambar diana amir bernikah,gambar kahwin diana amir, gambar diana amir terbaru, diana amir berkahwin, gambar tunang diana amir, gambar pasangan diana amir, diana amir dan pasangan, diana amir berkahwin, majlis perkahwinan diana amir

Majlis pernikahan antara Diana Amir dan tunangnya itu iaitu Mohd Habib Bullah bin A. Rahman dilaporkan akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya tepat pada jam 9 malam.

Pasangan ini juga telah sepakat memilih konsep Islamik di majlis pernikahan itu nanti dan akan mendapatkan nasihat dari ustaz yang pakar.

"Saya sebenarnya nak ketengahkan apa yang Islam anjurkan. Contohnya seperti budaya mencium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang boleh digantikan dengan sekadar mengusap kepala pengantin perempuan.

"Begitu juga dengan konsep inai yang membolehkan seorang wanita melukis moti tumbuh-tumbuhan dan bukannya menyerupai tatu.

"Perjalanan majlis itu nanti saya akan tentukan bersama ustaz yang saya kenali. Kalau boleh saya mahu tunjukkan bahawa majlis pernikahan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah dan tidak membebankan.

Turut dilaporkan bahawa cuma akan ada 3 dulang hantaran sahaja mewakili senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin.

Menurut Diana lagi, pihaknya hanya akan menjemput 250 tetamu yang hadir pada majlis tersebut termasuklah rakan-rakan media, keluarga serta kenalan terdekat.

Majlis bersejarah buat Diana dan pasangannya itu nanti telahpun mendapat tajaan sepenuhnya merangkumi pakaian pengantin sewaktu nikah, dekorasi dewan, cenderahati untuk tetamu, jurugambar, juruvideo, inai dan juga daripada pihak Yakult (M) Sdn Bhd sendiri.


Quote:
Tahniah la ye..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Info! Diana Amir Bakal Kahwin Jumaat Ini Info! Diana Amir Bakal Kahwin Jumaat Ini Reviewed by OH Buletin on 9:51 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.