Menurut sumber Berita Kini, insentif seperti pelarasan elaun COLA dan elaun perumahan penjawat awam telah dibuang dalam intipati Bajet 2014 tetapi telah digantikan dengan bonus setengah bulan gaji kakitangan awam.
Dibawah adalah keputusan penuh pembentangan Bajet 2014 yang tertera di dalam buku Bajet 2014.
- Bonus setengah bulan gaji penjawat awam
- Pesara kerajaan (pencen) dapat RM250
- Harga gula naik 34sen((jadi RM2.84) bermula 26 October 2013
- GST dikuatkuasakan 1 April 2015, kadar 6%
- Akan ada pengurangan cukai pendapatan apabila GST akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2015
- BR1M 3.0 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
- Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
- BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450
- Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M 3.0
- Bayaran RM250 kepada ibu bapa yang menghantar anak ke taska swasta yang berdaftar (Pendapatan bulanan dibawah RM900)
- Pemberian Baucer Buku 1Malaysia BB1M 2014 bernilai RM250 kepada pelajar institut pengajian tinggi
Turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion
Baca Juga : Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2014
P/S : Keputusan penuh pembentangan bajet 2014 sehingga pukul 6.30pm 28 Oct 2013.
Quote:
haih..gula naik sudeyh..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Keputusan Penuh Pembentangan Bajet 2014 Malaysia
Reviewed by OH Buletin
on
2:55 PM
Rating:

No comments: