Subsidi Padi Dijangka Naik, Harga Beras Pula?

Subsidi Padi Dijangka Naik? | Kerajaan perlu menaikkan subsidi harga padi selepas kenaikan kali terakhir dilakukan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pertanian sekitar tahun 1990.

 subsidi beras naik, harga beras naik, subsidi padi dijangka naik, harga beras naik

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan kali terakhir adalah melibatkan daripada RM165.40 setan kepada RM248.10 setan.

Beliau berkata, selepas 23 tahun berlalu, adalah wajar subsidi tersebut dikaji semula.

“Ini adalah rungutan daripada petani dalam negara, iaitu meminta kenaikan subsidi harga padi daripada harga sekarang, iaitu RM248.10 setan kepada RM372.10 setan ataupun daripada 25 sen sekilogram kepada 35 sen sekilogram.

“Ia adalah rentetan daripada kenaikan 34 sen harga gula. Ini juga menunjukkan subsidi harga padi adalah masih rendah. Oleh demikian, kita cuma meminta kenaikan kepada 35 sen sekilogram. Pada saya, kenaikan itu juga adalah masih rendah jika nak dibandingkan dengan kos sara hidup petani yang begitu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Tok Guru Turun Padang dan Doa Awal Musim Padi di Pulau Tembun, Kabu 10, di sini, semalam.

Mahfuz berkata, cadangan untuk menaikkan sebanyak 50 peratus harga subsidi padi itu akan melibatkan implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM260.4 juta setahun, iaitu untuk dua musim padi.

“Kenaikan subsidi harga padi ini sudah tentu akan memberikan kelegaan kepada 144,958 keluarga petani di seluruh negara dengan keluasan sawah padi seluruh negara kita 750,000 ekar (anggaran 303,514 hektar).

"Pada saya, kerajaan yang memerintah negara dan Kedah harus faham apa masalah yang sedang dihadapi petani di Dun Sungai Limau, khususnya di Kedah," katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan bahawa kenaikan subsidi harga padi itu bukan bermakna untuk menaikkan harga beras, tetapi sebagai tanggungjawab kerajaan untuk membekalkan subsidi secara berterusan.

Pada masa sama, Mahfuz turut mencadangkan supaya kerajaan dapat menaikkan harga lantai belian padi oleh pengilang beras daripada RM750 setan kepada RM1,150 setan.

Menurutnya, rasional daripada cadangan itu adalah kerana pengilang tidak boleh membeli padi dengan harga yang kurang dari harga lantai ditetapkan.

“Bagi mendapat bekalan padi secukupnya, biasanya pengilang-pengilang akan memberikan pelbagai insentif kepada pemilik padi dan pemandu lori yang mengangkut padi agar menjual padi ke kilangnya.

“Dengan kenaikan harga lantai ini, petani akan dijamin belian padinya tidak akan lebih rendah dari harga yang dicadangkan,” katanya. -SINARHARIAN


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Subsidi Padi Dijangka Naik, Harga Beras Pula? Subsidi Padi Dijangka Naik, Harga Beras Pula? Reviewed by OH Buletin on 8:00 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.