Guru Dalang Bocor Soalan SPM 2013 Dikenalpasti | Guru yang bertanggungjawab mendedahkan senarai soalan bocor SPM 2013 tempoh hari sudah pun dikenal pasti.
Guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia SPM 2013.
Soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.
Aktiviti bocor soalan SPM itu dikatakan telah berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.
Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.
“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik Kertas 2 tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya. Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Perkara ini harus diselesaikan dengan sebaiknya. Mungkin juga guru tersebut membuat research tersendiri untuk soalan yang bakal keluar. Mungkin juga guru tersebut adalah penggubal soalan dan tidak mustahil juga guru tersebut mendapat ilham daripada mimpi.
Apapun, hal ini harus lah diselesaikan sebaik mungkin agak ianya tidak menjadi satu isu di dalam institusi pendidikan negara kita.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia SPM 2013.
![]() |
Sekadar Hiasan |
Aktiviti bocor soalan SPM itu dikatakan telah berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.
Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.
“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik Kertas 2 tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya. Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Perkara ini harus diselesaikan dengan sebaiknya. Mungkin juga guru tersebut membuat research tersendiri untuk soalan yang bakal keluar. Mungkin juga guru tersebut adalah penggubal soalan dan tidak mustahil juga guru tersebut mendapat ilham daripada mimpi.
Apapun, hal ini harus lah diselesaikan sebaik mungkin agak ianya tidak menjadi satu isu di dalam institusi pendidikan negara kita.
Quote:
no word..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Guru Dalang Bocor Soalan SPM 2013 Dikenalpasti
Reviewed by OH Buletin
on
10:14 AM
Rating:

No comments: