[Bergambar] Kronologi Sebenar 8 Sahabat Lemas Disedut Pasir Jerlus

Kronologi Sebenar 8 Sahabat Lemas Disedut Pasir Jerlus | Hari ini kita digemparkan dengan berita 8 sahabat yang dikatakan lemas dan disedut pasir jerlus di Segamat.

Menurut sumber, 3 mangsa telah di jumpai lemas akibat disedut pasir jerlus tersebut. Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

info sebenar 8 sahabat lemas pasir jerlus, gambar sahabat lemas di pasir jerlus segamat, pasir jerlus, 8 sahabat tenggelam pasir jerlus, kejadian pasir jerlus di sungai buloh kasap, pasir jerlus di segamat


Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

info sebenar 8 sahabat lemas pasir jerlus, gambar sahabat lemas di pasir jerlus segamat, pasir jerlus, 8 sahabat tenggelam pasir jerlus, kejadian pasir jerlus di sungai buloh kasap, pasir jerlus di segamat

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai,” katanya.

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan.

Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian.

info sebenar 8 sahabat lemas pasir jerlus, gambar sahabat lemas di pasir jerlus segamat, pasir jerlus, 8 sahabat tenggelam pasir jerlus, kejadian pasir jerlus di sungai buloh kasap, pasir jerlus di segamat

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh.

“Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya.


info sebenar 8 sahabat lemas pasir jerlus, gambar sahabat lemas di pasir jerlus segamat, pasir jerlus, 8 sahabat tenggelam pasir jerlus, kejadian pasir jerlus di sungai buloh kasap, pasir jerlus di segamat
“Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu.

Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.

Semua remaja berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
[Bergambar] Kronologi Sebenar 8 Sahabat Lemas Disedut Pasir Jerlus [Bergambar] Kronologi Sebenar 8 Sahabat Lemas Disedut Pasir Jerlus Reviewed by OH Buletin on 7:46 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.