Borang Permohonan UPU Online Sesi 2014/2015

Borang Permohonan UPU Online Sesi 2014/2015 | Permohonan UPU bagi sesi akademik 2014/2015 sudah pun dibuka sejak 20 Januari 2014. Permohonan in dibuka untuk semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.



Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015 Online

Panduan Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015
  • Calon terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.

Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf
  • Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.
  • Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.
  • Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
  • Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

STPM (Kategori A, S)
Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2013.
Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2013.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
Kategori E • Aliran Sastera.
Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2011 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2012/2013 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2012 atau 2013 sahaja

Syarat Program Lepasan SPM/Setaraf
Warganegara Malaysia
Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Tarikh Tutup Permohonan
7 April 2014

Semakan Keputusan Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015
May 2014

Pendaftaran Pelajar Baru
25 May 2014


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Borang Permohonan UPU Online Sesi 2014/2015 Borang Permohonan UPU Online Sesi 2014/2015 Reviewed by OH Buletin on 10:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.