Insuran Kenderaan Naik 15 Februari Ini ?

Insuran Kenderaan Naik 15 Februari Ini ? | Selepas pelbagai episod kenaikan harga barang dan perkhidmatan diumumkan sebelum ini, terbaharu difahamkan syarikat-syarikat insurans bakal menaikkan kadar premium insurans kenderaan bermula 15 Februari 2014.

insuran kenderaan naik, harga baru kereta, kereta insuran, harga insuran naik, myroadtax.com, harga baru insuran kereta

Cukuplah, kerajaan seolah-olah 'buruk siku', mana tidaknya walaupun kerajaan mengumumkan kadar tol tidak dinaikkan tahun ini, namun berita mengenai kenaikan kadar insurans ini pastinya akan menyesakkan lagi nafas rakyat.

Menurut Laman web Myroadtax.com, syarikat dan ejen insurans memaklumkan mereka telah menerima surat rasmi daripada persatuan Malaysian Takaful Association (MTA) mengenai perkara itu.


insuran kenderaan naik, harga baru kereta, kereta insuran, harga insuran naik, myroadtax.com, harga baru insuran kereta
Dalam surat 'New Motor Cover Framework - Gradual Premium Adjustment', Bank Negara Malaysia telah meluluskan pelarasan tarif kepada ahli kumpulan insurans Takaful berkuatkuasa 15 Februari 2014.

"Kesan kenaikan harga ini adalah "domino effect" kenaikan harga minyak tol dan tariff elektrik. Berita terbaru adalah insurans kereta naik lagi," petik laporan di laman Myroadtax.com tersebut.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah merangka Rangka Kerja Baru Perlindungan Motor (Rangka Kerja) dalam menangani isu struktur dalam sektor insurans motor.

Rangka kerja ini dikatakan membuka jalan untuk penghapusan tarif premium insurans kenderaan pada 2016, di mana kadar premium akan disesuaikan mengikut profil risiko kenderaan.

Difahamkan, antara faktor kenaikan premium insurans kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang meningkat dengan begitu ketara.

Di samping itu kenaikan kadar insuran ini juga disebabkan oleh kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti yang telah meningkat. -SINAR


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH

Insuran Kenderaan Naik 15 Februari Ini ? Insuran Kenderaan Naik 15 Februari Ini ? Reviewed by OH Buletin on 7:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.