Lelaki Lapor Rakan Serumah Lepas Nafsu Dengan Kekasih Depan Mata | Tidak tahan dengan rakan serumah yang dipercayai "bersama" dengan buah hatinya, seorang lelaki nekad menghubungi penduduk sebelum pasangan itu dicekup di sebuah rumah sewa di sekitar taman perumahan di daerah Alor Gajah, pagi semalam.
Lebih mengejutkan, serbuan jam 2 pagi mendapati lelaki berusia 27 tahun itu hanya memakai seluar pendek tanpa baju manakala teman wanitanya tidur dalam keadaan b0gel.
Menurut sumber, lelaki terbabit bukan saja berani membawa pasangannya yang menetap di sekitar daerah ini bermalam di rumah sewanya malah tanpa segan silu memuaskan nafsu biarpun rakannya berada di rumah.
“Selepas menerima maklumat dari lelaki yang mendakwa rakan serumah pasangan terbabit, beberapa penduduk taman melakukan intipan, namun mendapati rumah gelap.
“Bagaimanapun beberapa jiran memaklumkan pasangan itu dipercayai berkurung di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, penduduk yang curiga terus menghubungi polis yang datang tidak lama kemudian dan mengepung rumah itu sebelum mengetuk pintu.
Katanya, selepas 15 minit menunggu, muncul seorang lelaki membetulkan seluar dipakai di muka pintu hadapan sambil menggosok matanya sebelum beberapa penduduk taman dan anggota polis memperkenalkan diri.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki terbabit mendakwa hanya tinggal bersama rakan lelaki, namun ia terbongkar apabila penduduk kampung menjengah melalui tingkap bilik yang sedikit terbuka dan melihat wanita baring di atas tilam dalam keadaan b0gel,” katanya.
“Selepas soal siasat dilakukan, lelaki terbabit akhirnya akur dan mendakwa tertidur bersama teman wanita baru dikenalinya akibat keletihan selepas penat bekerja semalaman sebelum mengejutkan teman wanitanya yang bangun menyarungkan pakaiannya serta-merta,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit mengaku bukan pasangan suami isteri dan sering bermalam di rumah itu tanpa menghiraukan perasaan rakan serumah dan jiran tetangga.-MYMETRO
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
![]() |
Sekadar Hiasan |

no word..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Lelaki Lapor Rakan Serumah Lepas Nafsu Dengan Kekasih Depan Mata
Reviewed by OH Buletin
on
6:49 PM
Rating:

No comments: