Lelaki Ugut Sebar Gambar B0gel Bekas Isteri

Lelaki Ugut Sebar Gambar B0gel Bekas Isteri | Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar b0gel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.

Sekadar Hiasan
Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar b0gel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.

“Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.

Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.

“Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar b0gel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal suami saya kaki perempuan,” katanya.

Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar panas tersebut.

Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.

Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan. -myMetro


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :


Lelaki Ugut Sebar Gambar B0gel Bekas Isteri Lelaki Ugut Sebar Gambar B0gel Bekas Isteri Reviewed by OH Buletin on 8:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.