Liza Abdullah Pula Sah Bercerai Talak Satu | Setelah kisah selebriti Erra Fazira bercerai minggu sudah, kali ini Liza Abdullah pula dilaporkan sah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira pukul 3.05 petang.
Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa’adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
“Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah,” kata Zolkifli.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
Liza pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.
Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.-MSTAR
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

no word..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Liza Abdullah Pula Sah Bercerai Talak Satu
Reviewed by OH Buletin
on
1:00 AM
Rating:

No comments: