Neelofa Lebih Gemar Lelaki Berusia?

Neelofa Lebih Gemar Lelaki Berusia? | Nama Neelofa sudah tidak asing lagi bagi kita. Siapa tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri.

neelofa, gambar neelofa, neelofa mohd nor, gambar neelofa seksi, gambar khalwat neelofa, neelofa di anugerah meletop, gambar pelik neelofa, gambar neelofa, kekasih neelofa, neelofa suka lelaki berusia, neelofa dan jamal, boyfriend neelofa, kekasih neelofa, gambar kekasih neelofa, siapa neelofa, neelofa gossip, gossip artis,selebriti neelofa, neelofa khalwat, neelofa keek

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya.

Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu, namun dia mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.


Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini rupanya lebih selesa berkawan dengan lelaki berusia.
“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup. “Tapi saya tak mahu letakkan apa-apa syarat dan kriteria tertentu, kerana kita takkan dapat orang yang betul-betul kita nak. Setiap orang berbeza dan unik, apa yang pentingnya keserasian dalam hubungan.

“Jadi, jika berjumpa dengan orang yang benarbenar sesuai dengan karakter saya akan terima.

Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” katanya. Akui masih belum menemui calon yang sesuai, pelakon cantik ini berkata, dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa saja yang ingin mendekatinya.

Bagaimanapun restu orang tua tetap diutamakan terlebih dahulu. “Bukan mudah mencari pasangan yang benarbenar memahami serta ikhlas, setakat ini saya belum jumpa yang sesuai.

“Lagipun, ramai kawan saya yang berkahwin muda mempunyai masalah akhirnya bercerai,” katanya yang tidak mahu menjadikan percintaan sebagai fokus utamanya memandangkan dia lebih memberikan tumpuan terhadap karier bagi jaminan masa depan.

Menurut pelakon filem Lemak Kampung Santan ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Sekarang ni fokus saya nak kumpul duit beli rumah dan mencapai cita-cita saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya. -SINAR


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Neelofa Lebih Gemar Lelaki Berusia? Neelofa Lebih Gemar Lelaki Berusia? Reviewed by OH Buletin on 6:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.