Projek Perumahan Mampu Milik Selangor Dilancar 22 Feb Ini | Rumah Selangorku 2014

Projek Perumahan Mampu Milik Selangor Dilancar 22 Feb Ini | Rumah Selangorku | Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengadakan Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Projek Rumah Selangorku di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Gombak pada 22 Februari ini.

rumah mampu milik selangor, rumah selangorku, cara mohon rumah mampu milik selangor, projek perumahan mampu milik selangor, rumah mampu, projek rumah mampu milik selangor, cara mohon rumah mampu milik selangor

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan akan hadir merasmikan majlis pecah tanah itu yang bermula jam 10.00 pagi.

.Majlis menandatangani “Memorandum of Understanding” antara Menteri Besar (Pemerbadanan), Lembaga Perumahan dan Hartanah dan Ecoworld Development Sdn Bhd turut dijadualkan berlangsung.

Turut dijangka hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Kerajaan Selangor akan memulakan projek Perumahan Mampu Milik Selangor atau Rumah Selangorku untuk memberi peluang rakyat negeri ini khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman.

Abdul Khalid sebelum ini berkata Majlis Pecah Tanah itu adalah projek perintis dan pembinaan dijangka dimulakan dalam tempoh enam bulan kemudian selepas kelulusan pembangunan serta perlantikan kontraktor selesai.

Rumah Selangorku ini akan dibangunkan di sebahagian tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berkeluasan 28 hektar di Sungai Sering, Hulu Klang, memandangkan permintaan untuk rumah mampu milik amat tinggi di kawasan berkenaan.

Lebih 2,000 unit rumah akan dibina menerusi projek perintis ini yang terdiri daripada tiga jenis keluasan iaitu 800 kaki persegi, 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

Projek Perintis Rumah Selangorku ini mengandungi lapan blok yang akan dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.

Kos keseluruhan Projek Perintis Rumah Selangorku ini dianggarkan berjumlah RM591 juta termasuk kos membina jalan keluar masuk, menaik taraf surau menjadi masjid, membina sistem pembentungan dan naik taraf sistem perpaipan.

Pembinaan Rumah Selangorku ini akan mengguna pakai kaedah Industrial Building System (Pre-Fabricated – IBS) atau pasang siap bagi mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional.

Projek ini adalah sebahagian daripada 5,000 unit rumah mampu milik berkonsepkan pasang siap yang disasarkan dibina bagi tempoh 5 tahun sehingga 2018 daripada 35,000 unit yang disasarkan keseluruhannya.


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Projek Perumahan Mampu Milik Selangor Dilancar 22 Feb Ini | Rumah Selangorku 2014 Projek Perumahan Mampu Milik Selangor Dilancar 22 Feb Ini | Rumah Selangorku 2014 Reviewed by OH Buletin on 8:14 PM Rating: 5

1 comment:

  1. What is the pricing strategy for Rumah Selangor ku?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.