Remaja Perempuan Dir0gol 30 Lelaki Selama 6 Jam

Remaja Perempuan Dir0gol 30 Lelaki 6 Jam | Seorang remaja perempuan di London dilaporkan diperk0sa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

dirogol lelaki, gadis remaja dirogol lelaki, lelaki rogol gadis 6 jam, dirogol 30 lelaki 6 jam, gadis dirogol
Sekadar Hiasan
Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan s3ksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan s3ksu@l, selain beberapa penjenayah s3ksx daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa s3ks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian s3ks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seperti ini didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- HARIAN METRO


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Remaja Perempuan Dir0gol 30 Lelaki Selama 6 Jam Remaja Perempuan Dir0gol 30 Lelaki Selama 6 Jam Reviewed by OH Buletin on 1:09 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.