Skim MyHome Bantuan Rumah Pertama 2014 | Cara Memohon Skim MyHome | Skim MyHome Bantuan Perumahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya adalah sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Objektif utama skim MyHome adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
Info Bantuan Skim MyHome
Syarat Kelayakan Skim MyHome
Butiran Bantuan Skim MyHome
Cara Permohonan Skim MyHome
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Objektif utama skim MyHome adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
Info Bantuan Skim MyHome
- Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
- Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
- Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
- Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Terhad kepada 10,000 unit rumah
- Boleh mula dipohon 1 April 2014
Syarat Kelayakan Skim MyHome
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada pembeli rumah pertama
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Butiran Bantuan Skim MyHome
- Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan & RM6,000 untuk beli rumah pertama
- Skim MyHome terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
- Skim MyHome akan membantu anda yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Contohnya, kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim Myhome ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan
- Skim Myhome bernilai RM300 juta
Cara Permohonan Skim MyHome
- Rakyat yang layak boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
- Dapatkan borang online Skim MyHome disini : http://www.akupunyer.com/2014/04/cara-mohon-skim-myhome-rumah-mampu-milik.html
Quote:
no word..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
BACA JUGA ARTIKEL MENARIK DIBAWAH
Skim MyHome Bantuan Rumah Pertama 2014 | Cara Memohon Skim MyHome
Reviewed by OH Buletin
on
12:09 AM
Rating:

No comments: