Abang Remaja Mati Overdose Dadah Di FMFA 2014 Luah Perasaan

Abang Remaja Mati Overdose Dadah Di FMFA 2014 Luah Perasaan | Siapa yang menyangka dalam keadaan Malaysia dilanda musibah dengan insiden dan tragedi MH370, negara dikejutkan dengan terkorbannya belia-belia harapan mangsa yang mati terlebih makan dadah dalam konsert Future Music Festival Asia 2014 di Stadium Bukit Jalil.

sabreena kamaruddin, gambar sabreena kamarudin, abang sabreena kamarudin buat luahan, luahan hati abg remaja overdose dadah fmfa 2014, konsert FMFA 2014, Future Music Festival Asia 2014, tiket FMFA 2014

Sehingga beberapa gambar mangsa yang mati overdose dalam konsert FMFA 2014 tersebar luas di Internet termasuk di Facebook, blog menyebabkan abang kepada salah seorang gadis muda yang mati overdose dadah yang bernama Sabreena Kamaruddin meminta kerjasama dan jasa baik daripada orang ramai terhadap penyebaran gambar Sabreena Kamaruddin adik kandungya itu.

Luahan Abang Kandung Sabreena Kamaruddin Remaja Overdose Dadah Konsert FMFA 2014 
Assalamualaikum, 
Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya (Sabreena Kamaruddin) terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia. 
Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya (Sabreena Kamaruddin) telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini. 
Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya (Sabreena Kamaruddin) bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya. 
Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca artikel ini, sama ada anda semua mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena Kamaruddin agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.  
Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar (Abang kandung Sabreena Kamarudin)

Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Abang Remaja Mati Overdose Dadah Di FMFA 2014 Luah Perasaan Abang Remaja Mati Overdose Dadah Di FMFA 2014 Luah Perasaan Reviewed by OH Buletin on 9:55 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.