Berita Penting Pencarian MH370 12 Mac 2014

Berita Penting Pencarian MH370 12 Mac 2014 | Hari ini akhbar myMetro Online membuat kenyataan terdapatnya sekumpulan nelayan di Port Dickson menjumpai satu objek percayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' kira-kira 10 batu nautika dari pantai.

berita kehilangan mh370, pesawat mh370, gambar pesawat mh370, gambar mh370 hilang, mh370 dihijacked, pesawat mh370 sudah di curi

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.

Baru Update : Berita Penting Kehilangan MH370 14/03/2014

Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

berita kehilangan mh370, pesawat mh370, gambar pesawat mh370, gambar mh370 hilang, mh370 dihijacked, pesawat mh370 sudah di curi

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

berita kehilangan mh370, pesawat mh370, gambar pesawat mh370, gambar mh370 hilang, mh370 dihijacked, pesawat mh370 sudah di curi

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan. -MYMETRO

Terkini! objek tersebut dilaporkan sebagai boya dan bukanya rakit penyelamat.


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Berita Penting Pencarian MH370 12 Mac 2014 Berita Penting Pencarian MH370 12 Mac 2014 Reviewed by OH Buletin on 8:25 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.