Berita Penting Pencarian Pesawat MH370 19 Mac 2014

Berita Penting Pencarian Pesawat MH370 19 Mac 2014 | Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:

mh370, pencarian mh370, berita mh370, pencarian mh370, berita penting mh370, pesawat mh370 hilang, berita mh370, berita terkini pesawat mh370, pesawat mh370 hilang, info pesawat mh370 terbaru, info terkini pesawat mh370 19 mac 2014, pesawat mh370 info
Kenyataan pengenalan
 
Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.

Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:

- pengumpulan maklumat satelit
- menganalisis data radar
- menambah aset udara, laut serta darat, dan
- menambah bilangan pakar teknikal.

Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.

 
Perkembangan terkini operasi
 
Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:

- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar
- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia
- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.

Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi.

Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.

Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.

Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.

Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.


Titik Laluan

Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.

Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.


Siasatan Polis
 
Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.

Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya.

Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.


Pasukan Peringkat Tinggi
   
Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin.

Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.

Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.


Kenyataan Penutup
 
Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian. - BERNAMA

Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Berita Penting Pencarian Pesawat MH370 19 Mac 2014 Berita Penting Pencarian Pesawat MH370 19 Mac 2014 Reviewed by OH Buletin on 9:46 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.