Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia Pagi Tadi

Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia Pagi Tadi | Pelawak dan penghibur terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

ali mamak meninggal, datuk ali mamak meninggal, ali mamak, gambar ali mamak, siapa ali mamak
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Allahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Batu 14, Hulu Langat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor hari ini.

Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia Pagi Tadi Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia Pagi Tadi Reviewed by OH Buletin on 1:45 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.