[Gambar] China Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat Kemungkinan Milik MH370

[Gambar] China Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat Kemungkinan Milik MH370 | Tatkala semua orang sibuk membuat spekulasi kejadian kehilangan pesawat MAS MH370, China tampil memberi dakwaan bahawa mereka temui serpihan pesawat berkemungkinan milik MH370 yang hilang.

gambar serpihan mh370 di laut china selatan, gambar serpihan kapal terbang mh370, mh370 debris in sea, gambar laut china selatan, gambar serpihan pesawat mas yang hilang, pesawat mas hilang, kes pesawat mas hilang, kemana hilangnya mas mh370

Menurut berita, beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Latest News : Identiti Penumpang Dengan Pasport Palsu Sudah Diketahui

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

gambar serpihan mh370 di laut china selatan, gambar serpihan kapal terbang mh370, mh370 debris in sea, gambar laut china selatan, gambar serpihan pesawat mas yang hilang, pesawat mas hilang, kes pesawat mas hilang, kemana hilangnya mas mh370

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. -ASTRO AWANI


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
[Gambar] China Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat Kemungkinan Milik MH370 [Gambar] China Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat Kemungkinan Milik MH370 Reviewed by OH Buletin on 8:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.