Gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, Lelaki Kedua Guna Pasport Curi

Gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, Lelaki Kedua Guna Pasport Curi | Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mendedahkan identiti lelaki kedua yang menggunakan passport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Delavar Seyed Mohammad Reza, gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, lelaki kedua pegang pasport palsu, gambar Delavar Seyed Mohammad Reza di mh370, identiti pemegang pasport palsu mh370

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata lelaki yang bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, adalah warganegara Iran yang berusia 30 tahun.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dedahkan identiti lelaki pertama yang menggunakan pasport curi sebagai warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19.

Noble berkata pasport kedua-dua lelaki itu tidak terdapat dalam pangkalan data Interpol.

Delavar Seyed Mohammad Reza, gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, lelaki kedua pegang pasport palsu, gambar Delavar Seyed Mohammad Reza di mh370, identiti pemegang pasport palsu mh370
Gambar Delavar Seyed Mohammad Reza
“Jadi, sekiranya mana-mana pihak mencari nama atau nombor passport kedua-dua lelaki ini di pangkalan data Interpol, mereka tidak akan menjumpainya.

“Apa yang kami tahu, apabila kedua-dua lelaki ini tiba di Kuala Lumpur pada 28 Februari, mereka menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport Itali dan Austria.

“Kami kini dalam proses meminta negara-negara di seluruh dunia untuk memberikan apa-apa maklumat mengenai imej kedua-dua lelaki terbabit, passport mereka dan nombor passport mereka,” katanya semasa satu sidang media.

Noble juga menolak kemungkinan keganasan di dalam kejadian ini namun insiden ini ada hikmahnya kerana orang mula beri perhatian tentang penggunaan pasport curi.

Beliau berkata minat di dalam kejadian itu semakin lama semakin pudar selepas pihak polis mengetepikan unsur keganasan.

“Lebih daripada satu bilion kali setahun, orang ramai melintasi sempadan pelbagai negara tanpa passport mereka disemak dengan pangkalan data Interpol.

“Dari pengalaman kami dari seawal 26 Februari 1993 apabila pengeboman World Trade Centre yang pertama berlaku, kami dapati pengganas yang melakukannya menggunakan passport Iraq yang dicuri.

“Tumpuan dunia sekarang adalah untuk mencari pesawat yang hilang dan orang-orang yang terselamat serta membantu penyiasatan. Kami juga sedang memikirkan kes-kes yang akan dating di mana orang yang berbahaya mungkin melintasi sempadan Negara lain dengan niat yang jahat,” katanya.

Noble menambah bahawa mereka akan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mengikuti semua petunjuk termasuk keganasan, jenayah terancang dan pergerakan haram orang seperti pemerdagangan manusia atau penyeludupan. -ASTRO AWANI


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, Lelaki Kedua Guna Pasport Curi Gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, Lelaki Kedua Guna Pasport Curi Reviewed by OH Buletin on 1:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.