Identiti Dua Penumpang MH370 Dengan Pasport Palsu Dikenalpasti | Malam ini, Astro Awani telah mengesahkan bahawa dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu telah pun dikenalpasti dan dihantar kepada agensi risikan Malaysia dan antarabangsa.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut.
Baca Juga : China Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat Kemungkinan Milik MH370
Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum.
“Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan.
Latest News : Pesawat MAS Mungkin Berpatah Balik Sebelum Lesap
“Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami adalah untuk mencari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Latest Flash : Jasmin Johari Tipu Rakyat Dengan Akaun Twitter Palsu
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - ASTRO AWANI
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

no word..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Identiti Dua Penumpang MH370 Dengan Pasport Palsu Dikenalpasti
Reviewed by OH Buletin
on
9:05 PM
Rating:

No comments: