Kerajaan Bakal Bagi BR1M Secara Bulanan? | Hari ini akhbar Utusan melaporkan bahawa kerajaan sedang merangka dan mengkaji untuk melaksanakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara bulanan atau suku tahunan, supaya wang bantuan itu dapat dimanfaat serta dibelanjakan untuk sepanjang tahun bagi membantu mengurangkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sistem baharu yang berkemungkinan besar akan dilaksanakan itu bagaimanapun masih belum diputuskan oleh Kabinet walaupun perbincangan mengenainya telah diadakan sebelum ini.
"Kita baru tiga tahun melaksanakan BR1M. Kita telah mengadakan makmal dan akan menambah baiknya. Amaun BR1M akan meningkat hasil simpanan daripada rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nanti.
"Sama ada pemberian BR1M dibuat secara tahunan, mengikut suku tahunan atau bulanan, itu yang sedang kita kaji," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri temu bual dalam program 'Sana Sini Situ Bersama Menteri Kewangan Kedua' di Perak FM di sini hari ini.
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

no word..
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Kerajaan Bakal Bagi BR1M Secara Bulanan?
Reviewed by OH Buletin
on
9:37 PM
Rating:

No comments: