MH370: Tiada Bangkai Pesawat MAS Ditemui di Perairan Vietnam

Tiada Bangkai Pesawat MH370 Ditemui di Perairan Vietnam | Tentera Laut Vietnam telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini.

MH370, #prayformh370, #MH370, bangkai pesawat mh370, mh370,pesawat mh370 hilang, gamabr pesawat hilang di vietnam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan perkara ini, turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.

Apabila ditanya sekiranya juruterbang pesawat tersebut melaporkan masalah teknikal yang dialami oleh pesawat sebelum ia dikesan hilang, Najib berkata ia hanyalah satu spekulasi.

Hot : Gambar Pesawat MH370 Terapung Di Lautan??

“Setakat ini semuanya hanya spekulasi. Kita tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi pada peringkat ini,” katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama Sama, KLIA hari ini.

Najib berkata oleh kerana peringkat pertama pencarian pesawat yang hilang itu di kawasan di mana isyarat terakhir diterima menemui jalan buntu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memperluaskan kawasan pencarian.

Najib berkata pencarian akan dilakukan ‘seluas mungkin’ dan kerajaan sedang mengkaji segala kemungkinan.

“Kita telah menambah bilangan aset termasuk 15 pesawat dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Untuk memberi impak yang lebih bermakna, kita merasakan kerjasama dengan negara lain perlu dilakukan.

“Vietnam telah bersetuju untuk melakukan operasi pencarian di kawasan perairannya dan tentera udara Amerika Syarikat telah bersetuju untuk menghantar pesawat-pesawat mereka untuk operasi mencari.

“Singapura turut menghantar satu pesawat untuk membantu operasi mencari,” katanya.

Sementara itu, operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang dijalankan oleh pihak berkuasa Vietnam menemui dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datangnya daripada enjin pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang sejak awal pagi Sabtu.

Baca Juga : Tumpahan Minyak di Perairan Vietnam Bukan Milik MH370

The Wall Street Journal melaporkan juruterbang pesawat yang menyertai misi pencarian itu menemui tompokan minyak masing-masing sepanjang antara 10 hingga 15 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain.

Tompokan minyak itu ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam, kata laporan itu memetik kenyataan kerajaan Vietnam yang dikeluarkan di laman web rasminya.

Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bahawa laporan media yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Laut China Selatan kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu masih belum dapat disahkan.

Sebuah akhbar Vietnam sebelum ini memetik kenyataan Laksamana Tentera Laut negara itu yang mengatakan radar tentera telah mengesan lokasi terakhir penerbangan MH370 itu iaitu di kawasan perairannya sebelum ia dilaporkan hilang.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi Sabtu kira-kira dua jam selepas berlepas. Lebih 12 jam selepas kehilangannya, ia masih belum dapat dikesan.

Pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal. Ia berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. -ASTRO AWANI


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
MH370: Tiada Bangkai Pesawat MAS Ditemui di Perairan Vietnam MH370: Tiada Bangkai Pesawat MAS Ditemui di Perairan Vietnam Reviewed by OH Buletin on 11:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.