Nora Danish Jawab Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram

Nora Danish Jawab Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram | Pelakon yang popular dengan watak Puteri, Nora Danish hari ini menafikan bahawa dia menyambut hari jadinya yang ke-32 di sebuah kelab malam haram yang terletak di Bandar Utama, Selangor.

nora danish, gambar nora danish baru, nora danish kantoi di club, nora danish sambut hari jadi di kelab malam, nora danish di kelab malam, gambar nora danish  sambut hari jadi di kelab

Menurut Nora, dia hanya menyambut hari jadinya itu pada 7 Mac lalu di sebuah restoran di kawasan Damansara, Selangor.

“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.

Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-lama sosial.”

Semalam, laman blog hiburan kecoh apabila episod Program 999 melaporkan seorang selebriti tempatan hampir dicekup apabila menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah di Bandar Utama untuk meraikan hari lahirnya pada Sabtu lalu bersama beberapa teman rapatnya.

Baca Juga : Nora Danish Sempat Lari Sebelum Dicekup Sambut Birthday di Kelab Malam Haram

Laporan itu turut mendakwa, ibu kepada seorang anak itu turut dilaporkan sempat meloloskan diri sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menyerbu premis hiburan yang tidak berlesen itu.

Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Nora Danish Jawab Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram Nora Danish Jawab Isu Sambut Hari Jadi Di Kelab Malam Haram Reviewed by OH Buletin on 11:59 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.