Pengganas Rampas Pesawat MH370? - FBI

Pengganas Rampas Pesawat MH370? - FBI | Berhubung dengan insiden pesawat MAS yang hilang, pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan.

Memetik laporan berita akhbar Los Angeles Times,  tindakan tersebut dilakukan kerana terdapatnya tiga warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat tersebut.

fbi siasat malaysia airlines, mas hilang, pesawat mh370 hilang, gambar pengganas, gambar pesawat mh370 yang hiland, gambar hilang, pesawat mas yang hilang, berita pesawat mh370 yang hilang
Sekadar Hiasan
Menurut, pegawai tertinggi agensi, terdapat seorang bayi yang juga terbang bersama-sama tiga warga negara yang dipercayai warganegara Amerika Syarikat.

Baca Juga : Gambar Pesawat MH370 Terapung di Laut?

“Ini merupakan “permulaan” bagi kami dalam kes ini namun apa yang terjadi masih lagi misteri,” kata pegawai tersebut di Washington.

Amerika Syarikat kini melihat kemungkinan insiden tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Kemungkinan seperti ini merupakan perkara yang selalu dilihat oleh negara tersebut apabila berlakunya kejadian pesawat terhempas.

Baca Lagi : Punca Kehilangan Pesawat MH370 Malaysia Airlines

“Walaupun dikatakan terdapat dua penumpang pesawat tersebut yang menggunakan pasport yang dicuri, tiada tanda bahawa ini adalah satu serangan pengganas. Pasport yang dicuri lazimnya tidak membawa indikasi bahawa ianya sebuah serangan pengganas,” kata seorang pegawai divisyen anti-pengganas.

Ejen FBI akan meneliti video rakaman imej-imej penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya di bahagian-bahagian kaunter tiket, seksyen keselamatan dan juga kawasan balai berlepas.

Imej-imej yang dirakam itu kemudiannya akan dipadankan dengan teknologi biro tersebut untuk melihat sama ada terdapat padanan data dengan suspek-suspek pengganas Al-Qaeda dan juga organisasi pengganas yang lain. -ASTRO AWANI



Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Pengganas Rampas Pesawat MH370? - FBI Pengganas Rampas Pesawat MH370? - FBI Reviewed by OH Buletin on 11:30 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.