Terkini! Pesawat MAS Yang Hilang Sah Terhempas di Laut China Selatan

Terkini! Pesawat MAS Yang Hilang Sah Terhempas di Laut China Selatan | Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar Utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

pesawat mas mh370 terhempas di laut china selatan, pesawat mas dijumpai, pesawat mas dilaporkan hilang di laut, bangkai pesawat mas mh370

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan kecemasan di Wilayah Nanning di selatan China. Agensi Berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki Ruang Udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan Pusat Pawalan Trafik Negara itu. ASTROAWANI


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Terkini! Pesawat MAS Yang Hilang Sah Terhempas di Laut China Selatan Terkini! Pesawat MAS Yang Hilang Sah Terhempas di Laut China Selatan Reviewed by OH Buletin on 4:43 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik bt mereka semua Pray for MH370..amin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.