Pesawat MAS Yang Hilang Berkemungkinan Berpatah Balik Sebelum Lesap | Pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang semalam dipercayai cuba berpatah balik ke KLIA.
Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata melalui pemantauan radar tentera udara mendapati terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
“Kita ada meneliti semula rakaman pemantauan radar dan kami percaya terdapat indikasi kemungkinan bahawa pesawat tersebut cuba berpatah balik ke KLIA dan rakaman penerbangan pesawat tersebut disokong juga dengan rakaman yang kita dapati dalam radar pihak penerbangan awam,” katanya dalam sidang media yang diadakan di KLIA sebentar tadi.
Rodzali menambah, apa yang menghairankan dalam hal ini ialah tiadanya isyarat kecemasan atau panggilan dari pesawat tersebut selepas hilang dari komunikasi radar. ASTRO AWANI
Quote:
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

diharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi salah, palsu, tanpa sumber. Pihak Polis akan menangkap anda yang berbuat salah.
_____________
Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Pesawat MAS MH370 Berkemungkinan Berpatah Balik Sebelum Lesap
Reviewed by OH Buletin
on
11:17 PM
Rating:

No comments: