Program MyLesen JPJ- Diskaun 50% Untuk Peroleh Lesen Motosikal

Program MyLesen JPJ- Diskaun 50% Untuk Peroleh Lesen Motosikal | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tidak lama lagi akan melancarkan program MyLesen yang memberi potongan harga mencecah 50 peratus bagi setiap permohonan serta ujian mendapatkan lesen motosikal.
program mylesen jpj, cara mohom program mylesen jpj, bantuan program mylesen, mylesen JPJ 2014, borang permohonan mylesen jpj online, cara daftar mylesen jpj, mylesen 2014, program mylesen 50 peratus, mylesen diskaun

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Yusoff Ayob, berkata harga ditawarkan kepada pemohon lesen kali pertama itu hanya RM198, berbanding RM350 hingga RM450 dikenakan institut memandu ketika ini.

Program MyLesen 2014 yang dirancang bermula pada Mei 2014 ini menyasarkan 3.5 juta rakyat Malaysia yang layak, tapi tidak memilik lesen untuk menyertai program berkenaan.

"Kebanyakkan mereka adalah belia. Ini adalah antara pendekatan kita untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana penunggang motosikal boleh diajar mengenai kaedah pemanduan selamat serta undang-undang sebelum diberi lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun padang meninjau Ops Khas Pengarah di Senawang, di sini, malam tadi.

Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Program MyLesen JPJ- Diskaun 50% Untuk Peroleh Lesen Motosikal Program MyLesen JPJ- Diskaun 50% Untuk Peroleh Lesen Motosikal Reviewed by OH Buletin on 10:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.