Raja Azura Tegur Hanez Suraya Rampas Suami Orang

Raja Azura Tegur Hanez Suraya Rampas Suami Orang | Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku terpanggil untuk memberikan nasihat kepada Hanez Suraya, pelakon drama Autumn Di Hatiku.

raja azura tegur hanez, hanezsuraya buat laporan polis, hanez ditegur kak engku, gambar kak engku

Menurut Kak Engku, Hanez Suraya sepatutnya menghormati perasaan wanita lain memandangkan dia juga adalah seorang wanita.

“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya, tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez.

Baca Juga : Punca Hanez Enggan Tinggalkan Romie

“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua?”

Baru : Hanez Suraya Melenting Bila Dipaksa Tinggalkan Romie

Tambah Kak Engku lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung urusan rumahtangga mereka sebaliknya biarkan ia selesai terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dan mencanangkan kepada semua.

“Apabila masalah dah selesai, tak salah kalau Hanez nak meneruskan hubungannya dengan lelaki itu. Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan jangan dengar daripada sebelah pihak saja.”


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Raja Azura Tegur Hanez Suraya Rampas Suami Orang Raja Azura Tegur Hanez Suraya Rampas Suami Orang Reviewed by OH Buletin on 12:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.