Sari Yanti Sah Nak Bercerai Dengan Suami

Sari Yanti Sah Nak Bercerai Dengan Suami | Media akhbar hari ini melaporkan yang Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, semalam.


Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari yang berusia 30 tahun difahamkan telah memfailkan permohonan cerai pada 25 Februari lalu dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana suaminya ke luar negara atas urusan kerja.

Aktress yang kini merupakan pelakon drama Anugerah Terindah TV3 dan suami difahamkan perlu melalui proses sulh pertama bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.

Laporan terbaru ini sekaligus mengesahkan spekulasi yang menjadi buah mulut ramai peminat dunia hiburan beberapa minggu kebelakangan ini.

Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.- ROTIKAYA


Quote:
dah 30 dah ke dia ni.ingatkan belas2 lagi..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Sari Yanti Sah Nak Bercerai Dengan Suami Sari Yanti Sah Nak Bercerai Dengan Suami Reviewed by OH Buletin on 3:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.