10 Sindiran Fakta Yang Ada Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

10 Sindiran Fakta Yang Ada Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah | Setiap kali menonton filem ini, saya sentiasa terhibur. Itu kelebihan yang ada pada mamat Khalid, filem beliau banyak adegan menyindir yang baik. Cuba fikirkan,

sindiran hantu kak limah, fakta tentang hantu kak limah, hantu kak limah balik rumah, filem baru hantu kak limah balik rumah

1. "Itulah pentingnya English Education" (perihal PPSMI).

2. "Panjang ceritanya", "Haa...cerita...cerita...cerita" (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip).

3. "Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kamajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri" (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu).

4. "Kita bakar saja rumah Kak Limah" (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak di Malaysia sekarang).

5. "Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua" (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati).

6. "Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak" (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas).

7. "Saya orang Indonesia. Orang Indonesia memang hebat" (perihal orang Indon yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagongkan orang luar berbanding rakyat sendiri).

8. "Ini off day saya" dan "Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya" (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan).

9. "Inilah ropenye masyarakat kat kampung kite ni. Haram tak peduli kan kepada masyarakat orang tua di kampung kita. Tapi, cube nampak je mak janda melintas balik. Haa, berebut la bertanya khabar." (Orang kita yang tak peduli dengan org tua)

10. "Haa.. Elok la tu.. Pak Abu memang tak boleh memimpin dah. Inilah yang berlaku dalam parti politik kita. Dah tua masih lagi nak memimpin. Bila ada masalah, langsung tak boleh bertindak." -MYMEDIALAB


Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
10 Sindiran Fakta Yang Ada Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 10 Sindiran Fakta Yang Ada Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Reviewed by OH Buletin on 3:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.