Syamsul Yusof Masuk Wad Kerana Demam Dengi

Syamsul Yusof Masuk Wad Kerana Demam Dengi | Tanggal 8 Mac merupakan hari perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Namun, Syamsul dikhabarkan dimasukan ke hospital kerana disyaki menghidap penyakit demam denggi.

syamsul yusof masuk hospital, syamsul masuk wad, syamsul yusof, gambar syamsul yusof, syamsul yusof berkahwin, majlis perkahwinan syamsul yusof dan puteri sarah liyana

Memetik akhbar mStar, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail memberitahu dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi."

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti."-MSTAR



Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Syamsul Yusof Masuk Wad Kerana Demam Dengi Syamsul Yusof Masuk Wad Kerana Demam Dengi Reviewed by OH Buletin on 3:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.