Tol Percuma Selama Sebulan Untuk Jambatan Baru Pulau Pinang

Tol Percuma Selama Sebulan Untuk Jambatan Baru Pulau Pinang | Pengecualian tol yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sabtu lepas, hanya untuk kenderaan yang melalui Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang kendalian Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).

tol percuma, jambatan baru penang, tol percuma di pulau pinang, gambar jambatan baru penang, jambatan kedua pulau pinang

Menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini pengguna lebuh raya yang menuju ke Batu Kawan atau ke jambatan kedua Pulau Pinang itu melalui Plaza Tol Bandar Cassia dari Lebuhraya Utara-Selatan, bagaimanapun masih perlu membayar tol.

Plaza tol itu telah mula beroperasi pada 2 Mac lepas.

Menurut kenyataan itu, persimpangan bertingkat dan Plaza Tol Bandar Cassia di Kilometer 154 yang menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikendalikan oleh PLUS, oleh itu operasi kutipan tol di plaza tol berkenaan adalah seperti biasa dan tertakluk kepada kadar tol yang ditetapkan.

” Pengguna dari jambatan kedua Pulau Pinang atau Batu Kawan yang ingin memasuki Lebuhraya Utara-Selatan perlu mengambil kad transit atau menggunakan kad Touch ’n’ Go dan SmartTAG di lorong masuk Plaza Tol Bandar Cassia,” jelas PLUS.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi PLUSLine, di talian 1800-88-0000.

Pada 1 Mac lepas perdana menteri mengumumkan bahawa pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah itu tidak dikenakan tol selama sebulan. - BERNAMA



Quote:
no word..


_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :
Tol Percuma Selama Sebulan Untuk Jambatan Baru Pulau Pinang Tol Percuma Selama Sebulan Untuk Jambatan Baru Pulau Pinang Reviewed by OH Buletin on 2:31 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.