Warganegara Penumpang Guna Pasport Palsu Pesawat MH370 Didedahkan

Warganegara Penumpang Guna Pasport Palsu Pesawat MH370 Didedahkan | Dua orang penumpang yang menggunakan pasport curi di dalam pesawat #MH370 dari KL ke Beijing dikenal pasti sebagai rakyat Iran.

gambar pemegang passport palsu, warganegara pemegang pasport palsu mh370, mr Ali MH370, gamabr encik ali mh370, passport fake malaysia airlines

Pendedahkan ini dibuat oleh BBC Persia dan menurut mereka, rakan kepada penumpang itu yang juga merupakan warga Iran memberitahu dia telah membantu dua penumpang terbabit sewaktu berada di Kuala Lumpur selepas tiba dari Tehran iaitu beberapa hari sebelum penerbangan ke Beijing.

Kedua-dua lelaki Iran itu membeli pasport curi atas alasan mahu berpindah dan menetap di Eropah. Pendedahan oleh BBC itu mengesahkan dakwaan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam yang mendakwa dua penumpang itu tidak memiliki wajah orang asia.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha mengesan seorang warganegara Iran bernama Mr. Ali atau nama penuhnya Kazem Ali yang didedahkan agen pelancongan di Thailand yang dikenali sebagai Benjaporn Krutnait.

Mr Ali yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Iran dipercayai telah membantu dua penumpang itu dengan menempah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing 6 Mac yang lalu. -ASTRO AWANI

Quote:
no word..
Warganegara Penumpang Guna Pasport Palsu Pesawat MH370 Didedahkan Warganegara Penumpang Guna Pasport Palsu Pesawat MH370 Didedahkan Reviewed by OH Buletin on 4:06 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.