Fizo Omar: 4 Sebab Utama Tudung Jenama Fareeda Dijual Mahal

4 Sebab Utama Tudung Jenama Fareeda Dijual Mahal | Pelakon dan suami kepada Mawar, Fizo Omar hari ini mendedahkan punca tudung jenama Fareeda keluaran isterinya itu dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

punca harga tudung mawar mahal, sebab tudung jenama fareeda mahal, harga tudung mawar fareeda mahal, kenapa harga tudung mawar fareeda mahal, harga mahal tudung fareeda, sebab tudung mawar fareeda mahal

Fizo menyatakan pendedahan ini dibuat setelah ramai individu mengecam ekoran harga mahal yang dikenakan keatas tudung Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui secara terperinci kelebihannya.

1. Stok terhad - Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200

"Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi mendapatkan nombor giliran." – Fizo Omar

2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.

"Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.” – Fizo Omar

3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif

"Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong." - Fizo Omar

4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan

“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar

Sumber: Berita Harian.net
Fizo Omar: 4 Sebab Utama Tudung Jenama Fareeda Dijual Mahal Fizo Omar: 4 Sebab Utama Tudung Jenama Fareeda Dijual Mahal Reviewed by OH Buletin on 1:01 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.