Punca Hanez Suraya Tarik Diri Dari Jadi Duta Aura White | Segala tanda tanya tentang status Hanez Suraya sebagai duta produk kecantikan Aura White akhirnya terjawab apabila pelakon kontroversi tersebut mengakui yang beliau tidak akan meneruskan menjadi duta jenama berkenaan selepas ini.
Walaubagaimanapun, beliau bukanlah digugurkan seperti yang didakwa ramai. Hanez Suraya sendiri yang meminta supaya kontrak enam bulan beliau bersama Aura White sejak Disember ditamatkan tanpa memperbaharui, menurut wakil Aura White.
Hanez dilaporkan menarik diri ekoran kontroversi yang sedang melandanya kini.
Memetik Rotikaya hari ini, wakil dari Aura White berkata,
“Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia undur diri. Kami faham dengan situasinya,” jelas Pegawai pemasaran produk Aura White, Nurul Lina.
“Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin.”
Wakil Aura White itu turut menambah yang produk kecantikan jenama itu sebenarnya menjadi lebih popular selepas kontroversi Hanez Suraya dan sekaligus meningkatkan jualan.

Punca Hanez Suraya Tarik Diri Dari Jadi Duta Aura White
Reviewed by OH Buletin
on
11:21 AM
Rating:

No comments: