Identiti Sebenar YB Karpal Singh

Identiti Sebenar YB Karpal Singh | Sepertimana yang ktia tahu, pagi semalam, Karpal Singh dan pembantunya telah terkorban dalam satu kemalangan jalanraya berhampiran dengan Gua Tempurung Perak.

gambar karpal singh, karpal singh, identiti karpal singh, siapa karpal singh, gambar baru karpal singh, biodata karpal singh, identiti sebenar karpal singh, biografi karpal singh, siapakah karpal singh yang sebenar, karpal singh dan keluarga

Sehubungan dengan itu, kepada mereka yang tidak tahu identiti Karpal Singh, berikut adalah biografi ringkas Karpal Singh.

Karpal Singh a/l Ram Singh adalah seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940. Karpal berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak.

Baca Juga : Gambar Kemalangan Maut Karpal Singh

Karpal belajar undang-undang di National University of Singapore dan mula mengamal undang-undang pada tahun 1969. Beliau adalah salah seorang peguam yang paling menonjol di Malaysia, setelah mengambil beberapa kes berprofil tinggi, seperti kes pengedaran dadah rakyat Australia  Barlow dan Chambers pada tahun 1986 dan perbicaraan kes liwat itu bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Karpal adalah penentang kuat terhadap hukuman mati terutama bagi kesalahan mengedar dadah. Beliau juga lantang menentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Lagi Berita : Video Kemalangan Ngeri Karpal Singh HD

Kerjaya politik Karpal Singh bermula pada tahun 1970 apabila beliau menyertai parti DAP (Democratic Action Party). Beliau memenangi kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah pada tahun 1974. Beliau pertama kali dipilih ke Parlimen pada tahun 1978 sebagai Ahli Parlimen Jelutong (Pulau Pinang) dan memegang kerusi itu sehingga 1999.

Karpal kembali ke Parlimen dalam pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi Bukit Gelugor. Beliau seterusnya dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP. Kerusi tersebut kekal dipegangnya pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Dalam kedua-dua mahkamah dan Parlimen, Karpal "The Tiger of Jelutong" dikenali sebagai tokoh yang lantang bersuara, penuh kontroversi dan teguh berprinsip. Beliau telah digantung daripada Parlimen beberapa kali, didakwa atas kesalahan menghasut dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 15 bulan antara 1987 dan 1989.

Kemalangan jalanraya pada 2005 memaksa Karpal menggunakan kerusi roda dan menghadapi masalah neuromotor di lengan kanannya. Walaupun begitu, beliau meneruskan perjuangannya dalam kedua-dua kerjaya guaman dan politik.

Terbaru, Karpal Singh meninggal dunia pada 17 April 2014 di usia 73 tahun akibat kemalangan jalanraya. Beliau meninggalkan seorang balu, lima orang anak dan empat orang cucu.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh

Sumber: dapmalaysia.org & Wikipedia
Identiti Sebenar YB Karpal Singh Identiti Sebenar YB Karpal Singh Reviewed by OH Buletin on 11:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.